Selasa, 31 Oktober 2017

Lacur Anak Kepada Warga Asing, Ibu dan 5 Lelaki Rakyat Bangladesh Di Tahan Polis



Polis berjaya menahan lima lelaki warganegara Bangladesh berhubung dengan penahanan yang dibuat sebelum ini oleh pihak polis terhadap seorang ibu yang berusia 36 tahun kerana disyaki melacurkan dua orang anak perempuannya.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, kesemua suspek yang berumur antara 28 hingga 42 tahun itu di tahan awal pagi tadi.

Tambahnya lagi, kelima-lima suspek didapati bekerja di kilang yang terdapat di sekitar Senai dan Kulai.


"Semua suspek dibawa ke mahkamah tengah hari tadi untuk mendapatkan perintah tahanan daripada Mahkamah Majistret di sini.

"Kelima-lima suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya.

Mohd Khalil sebelum ini dilaporkan berkata bahawa penahanan terhadap wanita tersebut selepas dipercayai dua anak perempuannya, masing-masing berusia 8 dan 10 tahun dilacurkan olehnya kepada warga asing.

Wanita warga tempatan itu ditahan oleh pihak berkuasa di sebuah rumah di Senai, Kulai pada Rabu lalu.

Sumber: Siakapkeli

Harga Nasi Campur RM100 Berpatutan - KPDNKK


KUANTAN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang mengesahkan tindakan kedai yang mengenakan bayaran RM100 untuk dua pinggan nasi campur yang tular di media sosial baru-baru ini, adalah benar dan tidak salah.

Pengarahnya, Sharuddin Jali yang menjalankan siasatan terhadap pemilik kedai makan itu berkata, harga yang dikenakan adalah berpatutan berikutan harga udang galah juga jelas dipamerkan di bahagian hadapan kedai.

"Siasatan mendapati bahawa gambar yang tular itu menunjukkan dua ekor udang galah, sedangkan jumlah sebenar yang diambil ialah empat ekor, di samping lauk lain termasuk sayur dan sotong.

"Bagi harga udang galah telah dinyatakan bahawa perkiraan adalah mengikut gred iaitu A, B dan C pada harga antara RM50 ke RM100 mengikut hidangan," katanya yang dipetik dari laporan BERNAMA.

Tambah Sharuddin lagi, siasatan yang dijalankan juga mendapati tiada sebarang tindakan yang boleh diambil ke atas pemilik kedai kerana tiada kesalahan dilakukan.


Lantaran itu, bagi mengelakkan sebarang masalah, Sharuddin menasihatkan orang ramai untuk bertanya kepada pemilik kedai atau menyemak senarai harga makanan yang dipamerkan sebelum mengambil lauk-pauk tersebut.


Terdahulu, seorang wanita memuat naik kenyataan di Twitter kerana perlu membayar RM100 semasa makan di sebuah kedai makan di tepi jalan Leban Chondong, Kuala Rompin.

Wanita itu memuat naik resit bayaran dan gambar nasi campur bersama dua ekor udang galah bersama kenyataan 'weh memang gini ke kedai ni? ke laki aku makan ikan duyung' dan status itu mendapat pelbagai reaksi netizen.

Sumber: Siakapkeli

Hati-hati Dengan Penyakit Ini!, Tak Rasa "Puas" Selepas Berasmara




Orgasma atau Rasa Puas Selepas Berasmara

Orgasma adalah rasa “puas” atau nikmat yang memuncak selepas melakukan hubungan dengan pasangan. Rasa puas ini amat penting untuk menjaga keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga anda. Orgasma yang dirasai oleh setiap pasangan berkahwin berbeza-beza, bergantung kepada kemahiran dan kesihatan tubuh badan dan mental.

Tapi, kalau anda atau pasangan kerap kali tak mencapai rasa “puas” selepas bersetubuh, anda harus segera periksa tahap kesihatan anda!. Ia mungkin petanda kesihatan fizikal malah mental anda bermasalah.


Antara penyakit yang boleh mengakibatkan anda tak berjaya mencapai rasa puas atau orgasma adalah:


1. Penyakit pembuluh darah peripheral

Penyakit ini mengakibatkan pembuluh darah anda tersumbat. Lalu, aliran darah ke anggota badan dan alat kelamin tersekat. Disebabkan itu, anda tak boleh mencapai orgasma langsung! Pergi periksa kesihatan anda dengan doktor pakar.

2. Penyakit tiroid

Masalah hipotiroid atau tiroid yang kurang aktif daripada biasa boleh menjadi punca kepada kegagalan hubungan seksual. Maka, dorongan ke arah seks akan semakin rendah, atau lebih teruk… pesakit dengan penyakit ini tak mampu untuk terangsang langsung.

3. Tekanan darah tinggi

Menurut American Journal of Hypertension, wanita yang sedang mengalami fasa menopause malah menghidap tekanan darah tinggi akan lebih cenderung mengalami masalah vagina kering. Lalu, mereka takkan dapat mencapai rasa puas dan akan sentiasa sakit di bahagian miss V apabila berasmara.

4. Kencing manis

Kencing manis atau diabetes dapat mempengaruhi pembuluh darah kecil yang mengalirkan darah ke alat kelamin anda. Sebab penyakit ini, pesakit boleh kehilangan rasa “sensitif” saat berasmara, lalu mereka takkan berjaya mencapai orgasma atau “rasa puas”.

5. Masalah kesihatan mental

Masalah kesihatan mental seperti kemurungan, sering rasa cemas dan masalah mental lain juga boleh menjadi faktor utama kenapa seorang wanita tak dapat merasai orgasma ketika berasmara. Masalah mental boleh mengakibatkan kegagalan alat kelamin untuk berfungsi untuk lelaki.



6. Gangguan sistem saraf

Masalah epilepsi atau multiple sclerosis juga boleh mempengaruhi tahap orgasma yang anda rasa selepas berasmara. Kedua-dua masalah ini mengganggu fungsi neuurologis di sekitar alat kelamin anda. Maka, ia gagal untuk memberi “rasa sedap” yang tepat ke otak. Jadi, anda takkan berasa puas!

7. Perubahan hormon

Ketika seorang wanita sedang mengalami fasa menopause, atau sedang memberi susu badan dan memakai alat kontrasepsi, kadar hormon testosteron dan estrogen dalam badan mereka akan menurun dan tidak seimbang. Oleh sebab itu, sensasi di bahagian klitoris “tidak berjaya dicapai” maka mereka takkan berasa puas.

Tidak perlu risau sangat.

Jika anda dan suami sentiasa melakukan hubungan seks dan kalian masing-masing berasa puas dan mencapai orgasma, kalian pasti cukup sihat secara fizikal dan mental.

Jika anda menghadapi sebarang masalah, jangan segan untuk berjumpa dengan doktor pakar.

Sumber : Theasianparen Malaysia

Kanak-kanak Dipukul, Dihayun, Ditendang Beberapa Kali Oleh Ibunya


KUALA LUMPUR - Viral di media sosial video seorang ibu memukul anak kecilnya bertubi-tubi mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Video berdurasi lebih satu minit itu dimuat naik ke laman Facebook semalam tanpa menyatakan lokasi tepat dan waktu kejadian itu berlaku. 

Berdasarkan video, si ibu yang membawa beban dua beg dipercayai menghulurkan sekeping tiket kepada anak kecilnya agar kanak-kanak itu dapat melalui mesin pengimbas tiket tren. Namun secara tiba-tiba si ibu terus memukul kepala anaknya sebelum mencampakkan tiket tersebut. 

Mangsa menangis kesakitan dan meronta-ronta mahu mengikut ibunya. Melihat anaknya berkelakuan seperti itu, si ibu kemudian masuk semula mendapatkan mangsa dengan kasar menarik belakang baju anaknya sehingga terangkat dan dicampak ke bahagian belakang, sementara dia mengutip beberapa barangan anaknya yang berterabur di lantai. 

Mangsa kemudian datang ke arah ibunya dan seperti meminta ampun di atas kelakuannya, tetapi tidak diendahkan. Sebaliknya si ibu menendangnya badan si kecil itu beberapa kali. Kemudian wanita itu mengambil selipar dan meminta anaknya memakai selipar tersebut. 


Malangnya mangsa tidak mengikuti arahannya menyebabkan dia sekali lagi ditendang dari belakang beberapa kali.






Ketika kejadian itu berlaku, ramai pengguna tren yang menyaksi tanpa mengambil sebarang inisiatif untuk menghalang atau menghentikan perbuatan kejam wanita berkenaan. 

Sementara itu di media sosial, ramai netizen yang mengecam tindakan si ibu yang tidak berperikemanusiaan. Namun, tidak kurang juga yang mempertahankan si ibu di mana mereka percaya mungkin wanita itu tertekan dengan masalahnya sehingga melepaskan kemarahan pada anaknya sendiri. 

"Semua cakap pandailah. Korang bukan tahu apa masalah yang perempuan ini hadapi. Masalah yang kadang kala tak terucap dek mulut. Ditambah pula dengan perangai anak yang hiperaktif. 

"Kalau aku? Macam mana arwah nenda buat pada aku dulu, macam itu aku akan ajar anak aku. Sampai mati aku akan ingat dan disebabkan cara arwah nenda mendisiplinkan aku, aku berjaya seperti sekarang," kata Chiavary. 

"Stress ba dia ni. Mana lagi bawa dua beg, mana lagi bawa budak nakal. Aduh, stress tahap gaban ni. Kalau ada husband tolong, mungkin dia tak stress macam ini. Kesian dia tu," kata Siti Azira Nasya. 




"Siapa yang tak ada anak yang hiperaktif, please zip your mouth. Kita bukan ada tahap sabar yang tinggi. Kadang-kadang terlepas juga kemarahan. Jadi jangan nak kecam orang lebih sangat. Esok lusa jadi pada anak cucu cicit kita sendiri baru tahu," kata Atikah Hamzah.

Sumber: The Reporter

Benarkah Rakyat MALAYSIA Seperti ‘BANGLA’ Di AUSTRALIA. Berenang Dan Menyorok Dalam Hutan Elak Ditangkap IMIGRESEN?


Rakyat Malaysia Berenang, Menyorok Dalam Hutan Elak Ditangkap Imigresen Australia

Peningkatan sara hidup kini menyebabkan ramai rakyat sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan demi mendapatkan wang untuk menyara diri sendiri dan keluarga. Disebabkan desakan itu juga, ramai yang saanggup berhijrah ke negara asing untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan.

Jika dulu, pendatang asing dari Indonesia dan Bangladesh sudah sinonim datang ke Malaysia bagi mendapatkan peluang bekerjaan tetapi kini lain pula ceritanya. Rakyat Malaysia sendiri mula berhijrah ke negara lain bagi mendapatkan peluang pekerjaan.

Kini, ramai rakyat Malaysia berhijrah ke Australia untuk bekerja sebagai pemetik buah di sana. Ada yang bekerja di sana secara sah dan tidak kurang juga ada yang bekerja secara haram.

Mari kita baca kisah suka duka rakyat Malaysia yang bekerja di Australia sebagai pemetik buah secara haram ini. Artikel asal dari Utusan Online.

SWAN HILL 16 Nov. – Berenang merentasi tasik dan menyorok di dalam hutan. Begitulah ter­desaknya rakyat Malaysia yang bekerja secara haram apabila digempur Imigresen Australia.

Mereka hidup dalam ketakutan diburu dan perlu nekad serta licik meloloskan diri daripada kepungan pihak berkuasa apabila berdepan dengan operasi.

Jika di Malaysia, kita menonton di televisyen bagaimana Imi­gresen Malaysia menyerbu penempatan pekerja asing dari Indonesia dan Bangladesh.

Suasananya sama di sini, cuma yang diburu adalah rakyat Malaysia yang bekerja secara tidak sah. Nasib orang kita sama dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia. Menyedihkan.


Seorang pekerja Malaysia turut berkongsi pengalamannya berdepan dengan serbuan di kawasan ladang blueberry di utara Coffs Harbour yang menyebabkan 34 rakyat Malaysia termasuk dua kanak-kanak ditahan Ogos lalu.

Shahdam, awal 50-an, yang berasal dari utara berkata, pasukan imigresen membuat serbuan secara teratur dengan membuat kepungan darat termasuk menggunakan anjing pengesan.

Di udara pula, helikopter membuat tinjauan untuk mengesan pergerakan pekerja haram yang melarikan diri.

“Mana hang nak lari? Bila ter­desak, mesti buat benda nekad, ada yang sampai berenang da­lam tasik. Ramai yang selamat dengan cara ni.

“Ada yang masuk hutan menyorok, bila line clear kita keluarlah. Kalau di ladang, kita mesti lari dalam pelbagai arah secara individu, jangan bergerak dalam kumpulan, apa kat depan, redah terus,” katanya.
Selepas menggempur ladang, Imigresen Australia juga membuat operasi di stesen-stesen kereta api bagi mengesan pekerja haram yang mahu melarikan diri ke kawasan lain.

Bagi pekerja yang memiliki kenderaan sendiri, misi mereka lebih mudah namun bagi Shahdam dan rakan-rakannya, mereka tiada alternatif yang lebih baik.

“Aku yang tak ada kereta payah lah, sampai ke stesen kereta api tak turun terus, duduk dalam kereta kawan dulu. Intai sekeliling.

“Bila dah sah line clear, baru beli tiket lepas tu menyorok dalam kereta dulu sebelum kereta api sampai,” dedahnya

Namun begitu ia bukan menjadi penghalang bagi rakyat Malaysia untuk bekerja disana.Terdapat cara yang betul untuk bekerja di sana tanpa risau dikejar oleh pihak imigresen Australia. Mari kita baca kisah yang boleh menjadi inspirasi dan motivasi rakyat Malaysia yang berjiwa kental bekerja di Australia

Rakyat Malaysia berhijrah petik buah di Australia

Maslina Masud, rakyat Malaysia yang mengambil keputusan berhijrah ke Australia dan memulakan hidupnya di negara orang sebagai pemetik buah tampil menceritakan pengalamannya di kota kangaroo itu.


KUALA LUMPUR: Bayaran gaji RM1,900 seminggu satu-satunya motivasi kepada wanita muda, Maslina Masud terus bekerja di ladang memetik buah walaupun ia bukan pilihanya.

Maslina, 30, salah seorang daripada beribu-ribu rakyat Malaysia yang mengambil keputusan untuk berhijrah ke luar negara dan mendirikan kehidupan baharu.

Wanita yang memilih Australia dan menjejakkan kaki di Melbourne pada Januari 2014 tidak menyangka terpaksa menerima hakikat untuk bekerja di sebuah ladang buah-buahan.

Dari bilik hawa dingin ke semak ladang

Terbentang luas kira-kira seribu ekar, ladang Mildura yang terletak 7 jam perjalanan dari bandar Melbourne, inilah satu-satunya pilihan buat Maslina sementara menerima jawapan bagi semua permohonan kerjanya di bandar.

Dia akur dengan nasib diri selepas suaminya pula terpaksa menyambung pengajian ekoran pasangan ini menggunakan visa pelajar untuk ke negara itu.

Namun, pendapatan yang dijanjikan untuk memetik pelbagai jenis buah, oren, anggur, strawberi dan kiwi iaitu kira-kira AUD$15 hingga AUD$20 sejam memberi dia keyakinan sekurang-kurangnya untuk menyara hidup.

Hidup selesa dan mengusakan sebuah agensi pelancongannya sendiri di ibu kota, anak kelahiran Kuala Lumpur ini akui terkejut apabila mendapati kebanyakan pekerja di ladang Mildura itu adalah rakyat Malaysia.

“Ramai golongan profesional seperti jurutera, pegawai bank malah peguam meninggalkan Malaysia untuk mencuba pengalaman baru ini.

“Ladang Mildura adalah pusat buah-buahan untuk dieksport dan hampir kebanyakan orang yang saya temui adalah rakyat

Malayia. Selain pengalaman memetik buah, saya akhirnya dapat melepaskan rindu kampung bertemu mereka,” kata Maslina.

“Berbeza dengan kehidupan di Malaysia di mana saya bekerja di pejabat, dalam bilik berpenghawa dingin, duduk di kerusi empuk dan memiliki pembantu untuk menyiapkan segalanya, di sini, saya terpaksa kerja di bawah matahari, dalam semak, di lapangan terbuka. Tiada apa yang ‘mewah’ kecuali ketenangan dan kecantikan alam semula jadi serta buah-buahan ini.

“Tetapi lebih penting, di sini saya belajar erti kesusahan. Ia satu pengalaman luar biasa dan perasaan ketika memetik buah-buahan amat berbeza. Keberadaan rakan Malaysia juga menghiburkan apabila kami kadang-kala menyanyikan lagu ‘rock kapak’ beramai-ramai untuk menghilangkan rasa rindu ,” katanya sambil tersenyum.

Belum berhasrat balik Malaysia

Ditanya penerimaan keluarga dan berapa lama dia bercadang untuk berada di kota kangaroo, Maslina berkata, keluarganya tidak menyangka keputusannya itu serius.

Jelasnya mereka anggap Maslina dan suami hanya bergurau sehinggalah melihat tindakan sebenar mereka.

“Malah, buat masa ini, saya dan suami juga tidak berhasrat untuk kembali ke Malaysia.

“Bukan saya tidak patriotik atau tidak bangga menjadi anak Malaysia, namun faktor ketegangan politik di negara ini punca ramai belia ambil keputusan berhijrah. Kami mahu membina hidup baharu di sini,” katanya.

Walaupun syukur dapat bekerja di ladang, lebih-lebih lagi dengan gaji lumayan berbanding di Malaysia, Maslina tidak pernah berhenti berdoa dan meletakkan harapan agar mendapat panggilan temuduga dari bandar.

“Benar, rezeki Allah itu luas. Saya tidak pernah berhenti berdoa agar mendapat kerja di bandar kerana kami terpaksa berulang-alik demi suami yang perlu menghadiri kuliah setiap Ahad memadangkan kami berhijrah menggunakan visa pelajar.

Akhirnya, doa Maslina terjawab apabila dia menerima panggilan temuduga dari sebuah kolej swasta di Melbourne.

Gaji RM2,500 seminggu

“Genap 3 bulan bekerja di Mildura, saya menerima panggilan temuduga dari sebuah kolej swasta di Melbourne. Memang senyum saya tidak berhenti sepanjang berada di dalam bas ketika menuju ke bandar,” katanya berkongsi pengalamannya itu.

Sebaik diterima bekerja, Maslina menganggap percaturannya membuat keputusan berhijrah akhirnya membuahkan hasil, ditambah pula dengan gajinya yang lebih lumayan iaitu kira-kira RM2,500 seminggu.

“Apapun, saya tetap merindui beberapa teman rapat Malaysia di ladang. Syukur kepada Allah mempermudahkan segalanya walaupun pada mulanya agak sukar bagi saya dan suami mendapat kerja.

“Kini saya berkhidmat sebagai eksekutif pemasaran di Kolej PAX, Melbourne dan setiap kali saya ternampak buah kiwi atau oren, saya pasti tersenyum sendiri,” katanya.

Dia yang akui seronok membina kerjaya di Australia berkata kota Melbourne sebagai bandar pilihan yang berbaloi untuk meneruskan hidup.

“Masyarakat di sini baik. Kos hidup tinggi tetapi dengan gaji yang diterima, semuanya boleh diusahakan. Kadar jenayah juga kurang. Kalau rindu makanan Malaysia, di sini juga ada restoran yang menjual hidangan Malaysia. Jadi tiada masalah bagi kami,” katanya yang sudah setahun lebih berada di Melbourne.

Maslina menasihatkan anak muda yang mengambil keputusan berhijrah ke luar negara supaya tidak takut berdepan cabaran dan terus berusaha.

Sumber: www.blogammar.com

Arif Sukri Dedah Jadual Makanan Dan Diet Turun 40 Kg Selama 3 Bulan


Mesti ramai di luar sana yang mempunyai berat badan berlebihan. Di Malaysia sememangnya masalah obesiti kini semakin berleluasa.

Namun dalam hati kecil, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan ini sudah tentu memasang niat untuk menurunkan berat badan dan menjadi kurus.

Satu perkongsian bermanfaat telah dikongsikan oleh seorang lelaki yang berjaya menurunkan berat badannya.

Dulu berat badannya mencecah 120 kg namun yang terkini beratnya hanya 78 kg sahaja. Saiz pinggangnya pula berubah dari 46 inci menjadi 36 inci.

Lelaki bernama Arif Sukri ini berkongsi jadual makanan dan juga dietnya. Disamping itu terdapat juga tips penting darinya.


Ini perkongsian dari Arif:

Jom baca:

HILANG 40KG DALAM 3 BULAN
Saya telah menulis begitu banyak mengenai perjalanan mengurangkan berat badan. Hilang 40 kg dalam tempoh 3 bulan memang memerlukan banyak pengorbanan dan komitmen

Pada awal penulisan dahulu saya tidak mencadangkan korang untuk follow jadual pemakanan saya. Pada saya ambil tahu syarat-syarat makanan apa pun dah baik.

Hahaa. Tapi korang tak nak. Kemain juga nak tahu rejim dan jadual diet saya. Sama sahaja. Yang pasti makan kena cukup 6 kali sehari.

JADUAL MAKAN
1. Sarapan pagi
Setiap pagi saya akan pastikan benda pertama masuk ke dalam mulut adalah air masak. Minum air masak segelas atau dua gelas sebelum solat subuh. Selepas itu boleh mula sarapan.

Jujur 2 minggu pertama saya makan OAT KOSONG. Hahaa. Tiada susu, kurma, atau buah. Oat dan air suam sahaja. Dia punya rasa ya tuhan. Tujuan 2 minggu pertama adalah nak potong makanan yang bergula.

Selepas dua minggu pertama saya mula makan oat bersama susu gabung, kurma, kismis. Jam 6-9 pagi masa sesuai untuk sarapan.

2. Minum pagi
Saya tidak cerewet dengan minum pagi. Sebab sebelum minum pagi pun saya minum air kosong banyak dah. Huhu. Untuk minum pagi korang boleh cari biskut oat dalam 3 keping atau kuih satu atau setidak-tidaknya adalah kurma. Saya pilih kurma sahaja.

3. Makan tengahari
Ini kena kawal. 15-30 minit sebelum makan tengahari saya akan minum air masak terlebih dahulu. Ini agar perut saya terisi. Jadi nanti bila makan pun tak adalah nak makan banyak banyak sebab perut dah penuh air. Kahkah.

Tapi makan tetap kena makan. Nasi segenggam + ayam bakar, ikan bakar dan katakan tidak pada yang bergoreng. Kuah pula pilih yang paling sedikit penggunaan minyak. Saya pilih sup atau singgang. Dan pastikan ada sayur atau ulam-ulam. Serat bagus untuk badan kau juga.

4. Minum petang
Pun sama. Kadang-kadang saya minum teh hijau kosong. Teh yang tiada gula ataupun kopi kelat sahaja. Hahaa. Rasa tak payah cakap. Kau minum dulu nanti bagitau.

Selama dua bulan berturut-turut saya tidak minum air yang mengandungi gula tambahan. Kalau tak mahu minum teh atau kopi kau boleh minum air kosong sahaja.

Milo untuk 2 bulan pertama saya tak ambil langsung. Sebab agak manis walau dibancuh tanpa gula. Untuk makan masa rehat petang-petang ni kau boleh cari kek, pau kacang atau biskut ringan tak lebih dari 3 keping.

5. Makan malam
Di antara waktu 6-8 malam kau dah mesti makan malam. Terserah sama ada nak makan sama dengan menu tengahri atau nak ubah. Biasa malam saya akan makan bihun sup, mee sup ayam atau nasi berlauk sama macam tengahari.

Kuantiti tetap sama. Karbohidrat masih segenggam. Bihun sup separuh, mee sup separuh. Nasi pun separuh sahaja. Malam tak bagus kalau banyak sangat karbo.

6. Minum malam
Saya akan akhiri hari diet dengan minum susu kosong dan campur sedikit oat, kurma dan sedikit madu. Saya pilih susu omega (plastik warna merah. Makan tak ada sebab dah ada oat sikit. Epal pun baik. Simpan stok banyak banyak. Hehe

NOTA PENTING

Nota-nota lain yang perlu anda tahu mengenai diet saya.

  • Saya tidak makan apa-apa suplimen.
  • Dua bulan pertama tiada air manis masuk ke dalam mulut.
  • Sarapan adalah oat dan air suam sahaja. Korang boleh? Kahkah.
  • Walaupun diet kena ada cheats day untuk reset balik diet. Buat seminggu sekali sahaja.
  • Sebulan pertama tanpa senaman cardio dan hanya berjalan kaki 20 minit setiap petang saya berjaya hilangkan 5-7 kg.
  • Kualiti dan kuantiti makanan itu paling utama
  • Makan bersulam dengan air adalah dilarang. 30 minit selepas makan baru minum. Kalau pedas cukup seteguk dua.
  • Jangan tidur atau terus baring 2 jam pertama selepas makan.
  • Jangan tinggal buah.
  • Sardin, sos, kicap, budu, ikan kering dan seangkatan yang tinggi garam juga saya tak sentuh.
  • Akhir sekali jangan timbang kerap. Hahaha. Nak diet tak boleh stress. Kena layan dan santai sahaja. (Nanti saya kongsikan waktu bila sesuai timbang)

BAHAGI KUANTITI MAKANAN

Bahagikan portion makan dengan bijak

Kejayaan mengurangkan berat badan adalah bergantung kepada gaya pemilihan makanan yang bijak dan jumlah kuantiti yang betul.

Cara meletakkan kuantiti makanan seperti dalam pinggan ini sangat membantu. Hanya perlu masukkan jumlah yang tepat sahaja.

Ini adalah nutrisi yang memang perlu ada dalam setiap hidangan kita.

1. Karbohidrat ( Nasi putih, nasi perang atau roti)
2. Protein (Ayam, daging, ikan)
3. Fiber atau vitamin (Sayur, ulam-ulaman atau buah-buahan.

Dengan gabungan ketiga-tiga nutrisi ini ia sudahpun dapat menampung jumlah tenaga anda sehari-harian.

Dengan memilih makanan yang kurang minyak, rebus-rebusan atau jenis yang dipanggang anda sebenarnya sudah selangkah ke arah berat badan yang ideal.

Lagi banyak anda kurangkan makanan berlemak, masin dan berminyak, lebih cepat peratus untuk anda kurangkan berat badan anda.

Boleh lah cuba formula pinggan nutrisi ini.

Diet bukan tujuan. Matlamat kita adalah kesihatan yang berkualiti. Diet tidak ada ada pengakhiran dan ia adalah perjalanan hidup. Harap tip ini manfaat untuk korang semua.

Arif Sukri
Ustaz Fitness Nasional

Bercinta 5 Bulan Di WhatsApp, Bila "First Date" Gadis Gemuk Ini Ditinggalkan Bersama Roti Canai


Berkenalan hingga jatuh cinta melalui media sosial seperti sudah menjadi satu trend buat masyarakat zaman sekarang.

Segala-galanya memang indah namun perlu diingati, keikhlasan hati pasangan yang dikenali di media sosial itu hanya akan terbukti selepas pertama kali bersua muka.

Seperti kisah yang dikongsikan di akaun Twitter fara_zulaika, seorang gadis malang berkongsi pengalaman sedihnya ditinggalkan kenalan Twitter hanya kerana dirinya gemuk. 

Perkenalan mereka bermula di Twitter dan kemudian bertukar nombor telefon. Selepas hampir 5 bulan hanya "berchatting" melalui aplikasi WhatsApp, lelaki tersebut akhirnya mengajak wanita itu berjumpa.


Seperti yang dijanjikan, mereka berdua akhirnya bertemu di suatu tempat. Sebaik sahaja gadis itu masuk ke dalam kereta, lelaki tersebut hanya berdiam diri. Tidak lama kemudian, lelaki itu memberhentikan kereta di sebuah kedai mamak dengan alasan mahu beli roti canai. 


Selepas beberapa minit, dia meminta wanita itu turun mengambil roti canai yang dibungkus. Tanpa wanita itu sedar, rupa-rupanyanya lelaki tersebut sudah berlalu meninggalkannya seorang diri di kedai makan tersebut.


Menyedari kereta lelaki itu sudah tiada di tempat sebelumnya, wanita itu cuba menghubungi lelaki terbabit namun panggilan tidak dijawab. Tidak beberapa lama kemudian lelaki itu menghantar sms, ‘Sorrylah, dalam gambar aku ingat kau kurus, tengok-tengok gemuk. Hahahaha Best tak kena tinggal?’


Dasar jantan tak guna! Kesian gadis tersebut diperlakukan sedemikian rupa. Pengajarannya, janganlah mudah jatuh cinta dan menyerahkan sepenuh kepercayaan sebelum berjumpa individu yang dikenali di media sosial secara realiti. 

Kalau sudah dihina dan dipermainkan seperti gadis ini, pasti "frust" menonggeng. 

Sumber: CARI forum