Kambing Bakar Paling Murah di Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara

shares |

AMIE'S LITTLE KITCHEN
Kambing Bakar Paling Murah di Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara
Petang itu....
Kami sempat singgah di Warung Kambing Bakar Ayam Penyet. Kalau tak silap, adalah tiga empat atau lima kali adik bongsu kita bercerita tentang kambing bakar... kambing bakar di Meru, katanya. Nak terangkan jalan di sini pun kita tak berapa tahu. Nanti sesat jalan pulak kalau kita yang buat peta ...ha ha haaaaa. Maklumlah kita ni ikut saja ke mana orang angkut!
Kita pujuk-pujuk Bonda ikut sama... jomlah makan kambing bakar mak! Tapi kita bagi tahu Aton, Bonda yang nak makan kambing...hihihiiiii!

Ha... ini dia kambing bakar yang asyik disebut-sebut oleh adik bongsu kita tu! Cuba teka berapa harganya....  Mulanya kita congak paling murah pun RM15.90 dan paling mahal pun dalam RM20.00. Kita sampai sini terus terjah cari tempat duduk, tak sempat nak tengok harga... ha ha haaa!

Sebelum tu.. nak perkenalkan dulu tempatnya. Gambar di atas tu nampak malap jew...faham-faham sajalah hari dah petang, macam mendung-mendung sikit. Warung tu letaknya di Jalan Kasim, Meru, 41050, Klang, Selangor. Patutlah si adik bongsu asyik sebut-sebut pasal kambing bakar tu... rupa-rupanya tak sampai berapa kilometer jauhnya dari rumahnya. Ambik nombor telefon tu ye kalau nak kepastian tentang alamatnya. Mana tahu ada peminat kambing bakar dari luar daerah atau luar negeri yang berminat nak datang sini...

Ini sebahagian daripada kenderaan yang pemiliknya sedang menikmati hidangan kambing bakar di warung ini. Semasa kami sedang makan, kenderaan semakin bertambah! Elok jew tempat parking tu... pandai-pandailah parking kenderaan masing-masing.

 Kata si bongsu, sebelum ini warung ni kecil jew... sekarang sudah berubah... tambah ruang! Maknanya memang si bongsu kita tu peminat kambing bakar yang sentiasa mengikuti perkembangan warung ini!

Dalam dan luar warung pun ada pelanggan duduk menanti hidangan atau sedang menikmati hidangan masing-masing.

Elok jew kedudukan warung ni... di tepi jalan., dan boleh pula duduk berteduh di bawah pokok. Nampak santai jugalah dengan suasana kampung di petang hari. Yang kita nampak, bukan orang kita jew yang datang sini... di belakang ini penuh meja besar dengan pelanggan keturunan India.

Sebelum hidangan sampai, kita terpandang Sekinchan Kelapa Goyang yang terletak betul-betul di depan warung kambing bakar. 

Yang lain dah order minuman masing-masing, kita jew yang belum. Jadi kita nak cuba jugalah apa rasanya Sekinchan Kelapa Goyang tu.

Kita beli satu gelas jew.. harganya RM3.00. Okeylaaa ... taklah manis sangat!

Kambing bakar pun sampai. Kita order tanpa nasi. Bonda pun tak mahu nasi. Si bongsu makan dengan nasi. Daging kambing dihiris nipis. Sosnya boleh tahan pedas, tapi terasa sedap juga. Kita tengok Bonda makan dengan penuh selera sampai habis!

Ni ayam penyet anak buah punya. Katanya sambalnya sedap! Kita pujuk makan kambing bakar, dia tak mau. 

Satu lagi, kawan anak buah order bakso. Katanya, rasanya agak tawar... ha haaaaa pandai-pandailah bubuh tambah segala kicap dan cili ye Tri!

Ketika kita makan, Atomn telefon... katanya nak datang ke sini tapi akhirnya tak dapat datang sebab traffic jam . Kita belikan Aton sebungkus kambing bakar. Bila kita nak bayar, barulah kita tengok harga kambing bakar. Masha Allah.... terkejut beruk juga kita.... hanya RM9.00! 
Si bongsu kata, sekarang harga dah naik. Dulu RM8.50. 
Apa pun, memang puas hatilah dengan harganya tu... sebab mana lagi nak cari tempat kambing bakar dengan harga serendah RM9.00!
Aton sempat pesan, lepas makan kambing bakar jangan lupa singgah makan ABC 7 tingkat di Jalan Kopi, dekat-dekat situ juga. 
Kita pun pergilah nak cari ABC 7 tingkat, tapi warung tutuplah pulak! Lain kalilah ye....

Eiii... jahatnya anak buah! 
Kita dah sampai LD, dia hantar pulak gambar ABC 7 tingkat tu.....geramnya!

 Eehhh... tersasul pulak dari kambing bakar ke ABC 7 tingkat!


Ada rezeki nanti kita nak bawa Encik Suami dan anak-anak makan kambing bakar di sini. Jangan tak tau...bujang-bujang kita tu hantu kambing tau...Farid, Fuad dan Fairuz! Firdaus belum nampak belangnya lagi hihihii.....

Related Posts

0 komentar:

Posting Komentar