“Amboi Datuk Sri Tahulah Kaya,Tapi Perlu Ke Guna Perkataan Berambus Dekat Orang Lain?”-Netizen Persoal Cara DS Aliff Bercakap Dalam CEO Desa

shares |


Rancangan TV CEO Desa nampaknya sedang makin panas sekaran dan mendapat liputan serta perhatian ramai orang . Ia menampilkan DS Aliff Syukri sebagai ketua juri di mana semua peserta yang datang mencuba nasib akan di tawarkan ganjaran sebanyak RM 1 Juta.


Rancangan ini juga menampilkan Mok Cun sebagai orang kuat yang turut berada di dalam program ini. Antara video yang menjadi bingkisan program ini di kongsi oleh DS Aliff Syukri melalui akaun instagramnya. Sayangnya ramai netizen agak terkejut dengan bahasa yang agak kasar di gunakan oleh DS Aliff Syukri sewaktu memarahi salah seorang peserta program itu iaitu Helmy dari Marang,Terengganu.



Netizen menyifatkan perkataan berambus itu sangat tidak sesuai di gunakan oleh orang yang berstatus korporat. Menurut mereka, mungkin sahaja adegan marah itu sengaja untuk menaikkan populariti program itu namun sangat tidak sesuai untuk meraung dengan perkataan berambus beberapa kali di kaca TV.



DS Aliff juga di lihat menyampaikan beberapa kata-kata kepada Helmy kerana anak muda itu ada menyatakan suatu hari nanti dia mahu menjadi jutawan luar biasa dan mungkin sahaja dia menjadi nombor satu dan DS Aliff menjadi nombor dua. Netizen menyatakan DS Aliff tidak perlu tergugat dengan kata-kata.

Kata Ds Aliff “,Saya ada bawah awak? Amboi Helmy,kalau tak kerana Mok Cun dah lama saya singkirkan awak”.

Ini pula respond netizen apabila menonton video yang di kongsi oleh Ds Aliff itu.

“Rancangan nie bagi Kita gaduh sesama melayu or bangsa baik takyh la”

“Jangan pandang orang dengan sebelah mata. Mana tahu kan apa yang dia cakapkan tu tertunai.”

“Ha.. Bagus la dia Ade semangat nak berniaga… Buat ape nak besaing Sgt.. Asal kan dapat niage sama-sama”

“Belagak bukan main.. jalan mendabik dada tinggi melangit.. sampai lupa masih berpijak dibumi milik Allah.. Allah bagi kesenangan ..lupa agak ye semua pinjaman..”

“datok semoga kekayaan kau kan ditarik nanti…tgk dan lihat…”

“Allah dah bagi semua apa yg kita nak.. Syukur Jgn perkecilkan org lain.. Hidup didunia ibarat roda”

“Bersaing secara sihat. Cukup terbaik di mata Allah sahaja. No 1 di dunia tidak bawa kemana-mana”

“Dia takut drop jdi nombor dua..”

Sumber: http://kisahdunia.com

0 komentar:

Posting Komentar